post hari ini adalah berkaitan dengan pendidikan. Cuba renung dan fikirkan jawapan untuk soalan di bawah.
” mengapa pentingnya pergi ke kolej atau universiti untuk mendapatkan ijazah? Kan ada ramai yang tidak mendapat pendidikan yang tinggi tetapi berjaya menjadi jutawan ataupun seseorang yang terkenal?”
Secara jujurnya soalan itu agak sukar. Saya boleh bercakap dengan pergi ke kolej dan universiti anda akan mempunyai kelebihan berbanding orang lain tetapi tidak dapat menafikan bahawa tanpa mempunyai semua itu seseorang juga masih boleh berjaya. Malah di Malaysia pun ramai yang berjaya menjadi seseorang tanpa mempunyai semua itu. Soalan yang susah yang hendak dijawab tu. Jadi apa pendapat anda?
Kalau saya, saya agak setuju dengan jawapan daripada Donald Trump yang pernah ditanya soalan hampir sama.
“Anda boleh mengabaikannya dan saya boleh memberi banyak contoh orang yang telah berjaya walaupun tanpa ada pendidikan. Tetapi bagi saya dengan memperolehi ijazah ia seolah-olah seperti anda mempunyai kad yang berkata, “ Orang ini telah mencapai sesuatu.” Ia akan membuka banyak pintu kepada anda. “
10+ Richa Sharma Sanjay Dutt Wife Picture
4 years ago







